Karnival ‘Kahwin Lah Jom’ di Malakat Mall hujung minggu ini

0
34

CYBERJAYA – Buat julung kalinya, pasar raya Malakat Mall akan menganjurkan karnival perkahwinan ‘Kahwin Lah Jom’ pada hujung minggu ini.

Karnival yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 8 malam ini akan mengetengahkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan industri perkahwinan termsuk pakej perkahwinan, andaman, ruang majlis perkahwinan, hingga ke tempahan kad kahwin.

Pegawai Projek Malakat Eco, Noor Herdawaty Zakaria berkata, antara tarikan yang boleh didapati sewaktu karnival ‘Kahwin Lah Jom’ ini adalah pakej katering yang dijual pada harga RM9.90 bagi satu individu.

“Memang kita akan tawarkan pakej-pakej lain juga, namun pakej ini adalah yang paling murah kita tawarkan.

“Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada dalam pakej menarik tersebut, jangan lupa singgah di Malakat Mall pada hujung minggu ini,” kata Herdawaty, hari ini.

Beliau menambah, karnival ini dianjurkan bagi membantu bakal pengantin dan keluarga mereka untuk mendapatkan pakej perkahwinan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

“Ini merupakan peluang terbaik bagi bakal-bakal pengantin untuk meninjau harga pakej yang bersesuaian untuk majlis mereka.

“Jadi, saya ingin menyeru kepada semua pengunjung supaya datanglah ke Malakat Mall pada hujung minggu ini bagi melihat dan meninjau sendiri apa yang kami tawarkan untuk anda,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here