Kayak terbalik, seorang lelaki ditemukan mati lemas

0
36
Seorang lelaki ditemukan mati lemas selepas bermain kayak di perairan Batu Kawan, Pulau Pinang

GEORGETOWN – Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika bermain kayak, di sini ditemui lemas di 3.0 batu nautika berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat Tony Liew, 48, ditemui dalam keadaan terapung pada pukul 8.35 malam tadi.

Katanya, Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 petang.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan dengan mengatur gerak bot Kilat 4 ke lokasi bagi melakukan pencarian.

“Rakan mangsa mendakwa cuba menghubungi mangsa namun gagal sebelum menemui kayak yang dinaiki mangsa dalam keadaan terbalik di perairan Batu Kawan, pada jam 6 petang, mangsa tidak ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Razak berkata, Operasi Carilamat turut membabitkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Pasukan Polis Marin Batu Uban dan rakan mangsa yang turut berkayak di sekitar kawasan itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Batu Musang sebelum diserah kepada Balai Polis Batu Kawan bagi tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here