Kedutaan Malaysia di Seoul terbakar

0
30

CYBERJAYA – Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Agensi berita Yonhap menyebut, kebakaran yang berlaku pada pukul 9.38 pagi (waktu tempatan) itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Kebakaran itu difahamkan bermula dari sebuah pemanas kipas yang terletak di tingkat dua bangunan kedutaan berkenaan.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 20 orang yang berada di dalam bangunan itu terpaksa berpindah.

Menurut pihak berkuasa, api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa 17 minit.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana kipas pemanas tersebut boleh terbakar sehingga mencetuskan kebakaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here