Kegiatan penipuan sijil vaksinasi Covid-19 tidak boleh dimaafkan, perlu dibanteras

0
21
HISHAMMUDDIN HUSSEIN

CYBERJAYA – Kegiatan sindiket penipuan sijil vaksinasi Covid-19 perlu dibanteras segera kerana ia akan memudarat serta mendedahkan orang ramai kepada pandemik tersebut.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak berkuasa perlu terus menjalankan siasatan terperinci bagi membanteras kegiatan yang tidak boleh dimaafkan itu.

“Bagi saya, kita tidak akan kompromi penipuan sijil vaksinasi Covid-19… ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan saya gembira bila pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap individu tertentu.

“Namun siasatan mesti diteruskan kerana ketamakan mereka untuk mendapatkan keuntungan dan ambil kesempatan dalam musibah yang melanda dunia perlu ditangani dengan segera,” kata Hishammuddin kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu, hari ini.

Hishammuddin juga berkata tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu itu boleh menyebabkan kes Covid-19 di negara ini kembali meningkat.

“Mereka akan menjejaskan orang yang tidak berdosa… kita tahu sekarang ada varian yang lebih berbahaya iaitu Omicron dan kita tidak mahu kes Covid-19 kembali meningkat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here