Keluarga dapat berinteraksi dengan Tun M, minta orang ramai tidak percaya khabar angin

0
56
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat keluarga Dr Mahathir di IJN semalam

CYBERJAYA – Orang ramai diminta tidak tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih berhubung keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut salah seorang anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir, pihak Institut Jantung Negara (IJN) dan keluarga mereka akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.

Menyentuh mengenai keadaan semasa Dr Mahathir, Marina berkata, bekas Perdana Menteri itu masih dirawat di IJN.

“Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan beliau.

“Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan yasin dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam tular berita keadaan Dr Mahathir yang dilaporkan kritikal dan dirawat di wad CCU IJN.

Dr Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu sebelum dibenarkan keluar pada 13 Januari lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here