Kenapa harga RFID RM35 seunit sedangkan sekeping sticker hanya berharga RM1 – soal Najib

0
168
Beberapa pengguna jalan raya mula menggunakan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika tinjauan Malakat Tribune di Plaza Tol Bangi.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan harga pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dijual pada harga RM35 seunit.

Beliau yang menyifatkannya sebagai terlalu mahal berkata, kebiasaannya harga kos sticker RFID pasif dijual di bawah RM1 sekeping.

“Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35? Dan adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID.

“Pada ingatan saya, sticker RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch N Go sebab kosnya rendah dan ianya memang percuma dari tahun 2018 hingga Feb 2020. Bermula 15 Feb 2020, ianya dijual pada harga RM35 sekeping pula,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, mengulas pemilik sistem itu, Najib berkata, syarikat Touch ‘n Go dimiliki oleh Bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari Amerik Syarikat dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

Sejak semalam, orang ramai tidak dapat menyembunyikan kemarahan terhadap sistem RFID yang telah menyebabkan kesesakan teruk di plaza tol PLUS ketika waktu puncak.

Sehubungan itu, PLUS memohon maaf terhadap isu berkenaan dan akan meletakkan kakitangannya untuk membantu pengguna jalan raya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here