Kerajaan negeri Kelantan nafi pembalakan punca harimau berkeliaran

0
19
Penduduk di Pos Bihai ketika ini berada dalam ketakutan selepas dikatakan 11 ekor harimau berkeliaran di kawasan penempatan mereka

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menafikan pembalakan menjadi punca harimau berkeliaran di sekitar Pos Bihai di Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tohmahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum ini wujud kes lain harimau dikatakan muncul di kawasan bukan pembalakan.

“Hendak siasat dan cari sebab itu bagus tetapi jangan cepat buat kesimpulan. Seolahnya sebab pembalakan menyebabkan harimau itu keluar. Itu tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan orang asli dari Gua Musang yang menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri untuk kerajaan mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan keselamatan orang asli di kawasan berkenaan terjamin daripada serangan binatang buas.

Kumpulan berkenaan berpendapat, pelbagai kejadian boleh berlaku sekiranya kerajaan tidak menghentikan segera kegiatan pembalakan yang didakwa menjadi punca ekosistem haiwan liar itu terganggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here