Kerajaan prihatin terhadap kenaikan harga barang-PM

0
23
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika meninjau jualan Keluarga Malaysia baru-baru ini.

CYBERJAYA- Kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini,’ kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga komited untuk memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada kementerian-kementerian terbabit.

“Kerajaa komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menjangkakan semua barang akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Presiden DPMM Abd Halim Husin dilaporkan berkata, kenaikan harga barang itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang, Disember lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here