Kes Azam Baki: SC dapati tiada pelanggaran undang-undang

0
78
Tan Sri Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Sekuriti (SC)
yang menyiasat dakwaan Tan Sri Azam Baki membenarkan akaunnya digunakan oleh orang lain untuk urus niaga saham mendapati tiada bukti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu telah bertindak melanggar undang-undang.

SC berkata demikian ketika mengumumkan hasil siasatannya berhubung kes berkenaan.

Menerusi kenyataan itu, SC memaklumkan bahawa ia telah selesai menyiasat kes Azam mengikut Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Peruntukan itu menetapkan sesebuah akaun urus niaga saham hendaklah dibuka atas atas nama pemilik sekuriti atau penama yang diberi kuasa.

“SC sudah menamatkan siasatannya dan berdasarkan keterangan yang ada, SC tidak dapat merumuskan dengan muktamad adanya pelanggaran Seksyen 25(4) SICDA,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here