Kes jenayah seksual kanak-kanak meningkat ketika pandemik Covid-19

0
8
Tun Tengku Maimun Tuan Mat

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak menunjukkan peningkatan ketika tempoh pandemik Covid-19.

Tengku Maimun ketika berucap dalam ucapan Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman berkata, statistik 2020 dan 2021 menyaksikan peningkatan pendaftaran kes itu sebanyak 42 peratus.

Katanya, peningkatan mendadak itu adalah masalah serius dan menyebabkan pihaknya telah mengadakan dialog bersama badan Eksekutif mengenai mewujudkan lebih banyak mahkamah jenayah seksual kanak-kanak.

“Ini akan melibatkan pertambahan bilangan jawatan yang diperuntukkan kepada Badan Kehakiman untuk mendengar kes.Kami berharap langkah ini membantu mengurangkan bilangan itu (jumlah kes),” katanya.

Selain itu kata Tengku Maimun, bilangan pendaftaran kes rasuah dilaporkan antara 2017 dan 2021 menunjukkan statistik yang tidak konsisten apabila ada tahun merekodkan jumlah kes yang banyak.

“Memandangkan rasuah penyakit dalam masyarakat, jadi ini adalah penting untuk dipantau dengan teliti kerana ia menjadi kayu pengukur imej negara di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, dalam tempoh yang sama, jumlah kes keluarga dilihat menurun sebanyak 13.2 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun fakta ini tidak mencerminkan jumlah sebenar kes sewaktu pandemik dilaporkan oleh media,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here