Kim Pan-gon Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu

0
59
Kim Pan-gon

PETALING JAYA – Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini mengumumkan Kim Pan-gon sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya.

Pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan itu selepas perletakan jawatan oleh Tan Cheng Hoe pada 3 Januari lalu.

Hamidin berkata, Kim Pan-gon sebelum ini berpengalaman mengendalikan beberapa pasukan Liga Korea selain pernah menjadi Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan Hong Kong itu akan

Katanya, Kim Pan-gon yang berusia 53 tahun akan akan membawa empat jurulatih teknikal dari Korea Selatan dengan untuk mengendalikan pasukan Malaysia.

“Kim Pan-gon akan bersama kita dengan kontrak 2 + 2 tahun. Kalau kita berpuas hati kita akan lanjutkan lagi dua tahun kontrak.

“Jurulatih ini akan datang pada pertengahan Februari dan akan terus memberi tumpuan melalui Liga Super dan Liga Premier,” katanya pada sidang media Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya di sini hari ini.

Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media di Wisma FAM pagi ini.

Sidang media tersebut diadakan sebagai membentang hasil siasatan badan yang dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Dell Akbar Khan berhubung Kekalahan Harimau Malaya di peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2020.

Menurut Hamidin, FAM menerima permohonan untuk mengisi jawatan itu dari seluruh dunia dan telah membuat keputusan menerima Kim Pan-gon berdasarkan kriteria yang dimilikinya.

“Antara syarat utama yang diberi keutamaan adalah latar belakang calon yang berkelayakan profesional, memahami budaya bola sepak termasuk pasukan Malaysia, berpengalaman melatih pasukan kebangsaan mana-mana negara, mempunyai rangkaian antarabangsa dan mengenal pasukan lawan,” katanya.

Sementara itu Hamidin berkata, pelantikan ketua jurulatih baharu itu tidak akan menyelesaikan prestasi Harimau Malaya secara keseluruhannya kerana masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.


Beliau juga mengakui FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu duduk semeja untuk mengatur langkah khususnya dalam menyiapkan pemain yang berkualiti untuk pasukan negara.


Antara yang akan diberi perhatian termasuk masalah tunggakan gaji pemain, kemudahan padang yang baik, gimnasium dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here