KKM buka semual 4 PPV untuk suntikan dos penggalak

0
31
Gambar fail suntikan vaksin semasa PICK tahun lalu. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka semula empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk suntikan dos penggalak bermula 15 Januari ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan semula PPV di sekitar Lembah Klang itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pemberian dos penggalak.

“PPV Integrasi yang akan mula beroperasi pada 15 Januari ini adalah PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur; PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV IDCC, Shah Alam dan
PPV Soka Gakkai, Klang,” katanya pada sidang media di Parlimen petang semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengingatkan orang ramai bahawa semua aktiviti pemberian dos penggalak hanya dilakukan berdasarkan janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Kesemua empat PPV berkenaan adalah PPV yang sama digunakan semasa pemberian vaksin dos pertama dan kedua dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Khairy bnerkata, selain menunggu janji temu melalui SMS atau MySejahtera, orang awam juga boleh mendaftarkan diri dalam senarai menunggu dengan menghubungi PPV-GP yang disenaraikan di dalam laman sesawang ProtectHealth untuk mendaftar.

Sehingga hari ini, Malaysia sebanyak 97.7% daripada jumlah orang dewasa telah menerima suntikan vaksin penuh atau 78.5% daripada jumlah penduduk terhadap Covid-19.

Menurut maklumat laman COVIDNOW, terdapat kurang daripada 250,000 orang dewasa yang belum diberi vaksin iaitu 1.1% daripada jumlah populasi dewasa.

Sementara itu, mengulas mengenai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI), Khairy berkata, sistem pelaporan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerima sejumlah 24,042 laporan AEFI termasuk 812 laporan membabitkan dos penggalak vaksin Covid-19.

“Kadar pelaporan AEFI bagi dos penggalak direkodkan pada 0.14 bagi setiap 1,000 dos berbanding kadar pelaporan AEFI keseluruhan 0.42 per 1,000 dos. Demam, kesakitan pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan, adalah antara kesan advers yang paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin.

“Daripada jumlah laporan AEFI yang diterima bagi dos penggalak ini, hanya 38 laporan (atau 4.91%) yang diklasifikasikan sebagai serius bersamaan kadar 0.007 laporan bagi setiap 1,000 dos,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here