Antara rakaman peristiwa di negara sepanjang tahun 2021 oleh Jurufoto Malakat Tribune, Mohd Farid Janudin, Afizi Ismail dan Abd. Halim Hadi.
Petugas Kesihatan melakukan pengurusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Raudhatul Baqi’, Cyberjaya.- FOTO/FARID JANUDINAnggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang dawai kawat duri di sekitar Pangsapuri Sri Penara blok C dan D, Bandar Sri Permaisuri di Kuala Lumpur berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 28 Mei 2021.- FOTO/FARID JANUDINSeorang warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa Jalan Chocrane pada 28 Julai 2021.- FOTO/FARID JANUDINMohd Nor Abdullah atau lebih dikenali ‘Dek Mat’, 29 yang tiada kedua-dua tangan sejak lahir terpaksa mengibarkan bendera putih di tingkap bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Cheras untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa pelakasaan PKP 3.0 pada 14 Julai 2021.– FOTO/FARID JANUDINSukarelawan melakukan operasi sanitasi awam nyah cemar kuman bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Taman Shamelin, Cheras.- FOTO/FARID JANUDINPemohon memeriksa dokumen yang dibawa untuk membuat permohonan kemudahan i-Sinar kategori 2 di Ibu Pejabat KWSP di Jalan Raja Laut pada 11Januari 2021.- FOTO/FARID JANUDINMenara Kuala Lumpur dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin. Ia sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat negara itu yang menjadi mangsa serangan Israel.- FOTO/FARID JANUDINSeorang wanita mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza susulan kekejaman rejim Zionis dalam kejadian serangan di Masjid Al-Aqsa.- FOTO/FARID JANUDINBendera Palestin sepanjang 10 meter yang direka sendiri oleh sekumpulan anak muda sebelum digantung sebagai tanda solidariti membantah kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Kuala Lumpur.- FOTO/FARID JANUDIN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 21 Ogos 2021.- FOTO/FARID JANUDINTan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan tangan sebaik tiba di pintu masuk utama Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021.- FOTO/FARID JANUDINReaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara berikutan krisis politik negara pada 17 Ogos 2021.- FOTO/FARID JANUDINSeorang warga emas dibantu petugas SPR ketika melakukan proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah dalam Pilihanraya Negeri Melaka pada 20 November 2021.– FOTO/FARID JANUDINPenjual bobo belon berlampu, Mohd. Zakaria Abd. Latif dan Isteri, Rabiah Sunali, 51, setia menanti pelanggan di hadapan Season Square Damansara Damai, Petaling Jaya. Zakaria, 65, berkata hanya itu yang mampu dilakukan ketika ini bagi menyara kehidupan bersama isteri yang juga orang kurang upaya (OKU) biarpun kadangkala hanya dua biji belon terjual dalam satu hari.- FOTO/AFIZI ISMAILMohammad Hafizi Hassan telah 20 tahun terlantar akibat kemalangan jalanraya. Beliau meneruskan kehidupan dengan bantuan ibubapanya yang telah uzur.- FOTO/AFIZI ISMAILPemandangan matahari terbenam di Pantai Murni Yan, Kedah. -FOTO/AFIZI ISMAILSepasang suami isteri meredah banjir ketika tinjauan Malakat Tribune di Kampung Merbau Sempak Sungai Buloh. Selangor antara kawasan terjejas teruk akibat banjir yang melanda pada 18 Disember lalu.- FOTO/AFIZI ISMAILKedudukan Taman Sri Nanding di Hulu Langat pasca banjir besar pada 18 Disember 2021.- FOTO/ABD. HALIM HADIKemusnahan jalan raya dan harta benda dalam kejadian banjir besar yang berlaku di Hulu Langat pada 18 Disember 2021. – FOTO/ABD. HALIM HADI Penduduk di sepanjang aliran Sungai Lui, Hulu Langat membersihkan diri berhampiran dengan sebuah chalet yang musnah dalam kejadian banjir besar pada 18 Disember 2021. – FOTO/ABD. HALIM HADI Menara Merdeka 118 yang berada pada fasa akhir pembinaannya di Kuala Lumpur diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. – FOTO/ABD. HALIM HADI Menara Merdeka 118 (kanan) yang berada pada fasa akhir pembinaannya di Kuala Lumpur diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. – FOTO/ABD. HALIM HADI Kabus pagi melitupi kawasan kampung di mukim Manir, Kuala Terengganu.- FOTO/ABD. HALIM HADI Aliran sungai di celah kanopi hutan di Serendah, Selangor. – FOTO/ABD. HALIM HADI