KPLB percepatkan bantuan mangsa banjir

0
18
Mahdzir Khalid

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui lapan agensinya akan menyegerakan bantuan Keluarga Malaysia bagi meringankan beban kerugian ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Menterinya. Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB bersama Mara, Risda, Felcra, Kejora, Kesedar, Ketengah, Keda dan Perda akan bekerjasama dalam menyalurkan bantuan mengikut peruntukan sedia ada.

“KPLB dan semua agensi kini sedang melaksanakan kerja-kerja penilaian kerosakan yang dialami oleh mangsa banjir selain menjalankan kerja-kerja pembersihan menerusi pasukan sukarelawan yang turun padang di Bentong, Hulu Langat dan juga Banting untuk membantu mangsa banjir.

“Kita juga komited dalam memastikan segala bantuan disalurkan segera bagi memastikan kebajikan dan keperluan mangsa banjir terutama di luar bandar terjamin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mahdzir, dalam misi bantuan banjir baru-baru ini KPLB memperuntukkan sebanyak RM4 juta yang diedar dalam bentuk sumbangan barangan keperluan seperti bakul makanan dan kita pembersihan diri kepala mangsa.

Selain itu, KPLB turut menggerakkan lebih 3,000 sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan termasuk membaik pendawaian dan pemeriksaan keselamatan barangan elektrik terutama di ‘kawasan angkat’ kementerian itu.

“Antara kawasan yang terlibat adalah di Bukit Changgang, Banting, Huala Langat dan Kampung Karak Setia, Bentong, Pahang.

Sementara itu, Mahdzir berkata, bagi bantuan baik pulih rumah, KPLB akan menyediakan peruntukan RM15 ribu bagi setiap rumah penduduk luar bandar yang layak menerima bantuan itu.

“Manakala RM56 ribu diperuntukkan bagi bantuan bina baharu rumah mangsa banjir yang kehilangan kediaman sepenuhnya,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here