Laluan sudah dibaiki sejak 2020 – JKR Perak

0
36
Perbandingan antara tangkap layar video (kiri) yang memaparkan keadaan jalan rosak tanpa garisan jalan yang jelas, dan situasi terkini di lokasi berkenaan (kanan)

CYBERJAYA – Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan, isu berkenaan video yang memaparkan keadaan jalan tanpa garisan keselamatan dan turapan yang rosak yang menjadi tular sejak semalam, sudah selesai kerana kawasan tersebut telahpun menjalani pembaikan sejak 2020.

Kata JKR, penelitian mendapati lokasi yang dimaksudkan adalah di Kilometer (km) 126.00 hingga 128.50 di Lebuhraya Timur Barat melibatkan laluan Baling – Gerik – Jeli (FT004)

“Video tersebut dipercayai video lama kerana lokasi yang dimaksudkan telah dilaksanakan pembaikan bagi kerja berkala pavemen (turapan) tahun 2020.

“(Kerja pembaikan) Dilaksanakan secara localised dan kerja roadline telah dibuat sepanjang lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Semalam, satu video berdurasi 2:25 yang dimuat naik di sebuah laman Facebook mendakwa keadaan jalan yang teruk tanpa garisan jalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here