Lee Zii Jia dapat restu BAM jadi pemain profesional

0
153
Lee Zij Jia (kiri) bersama ahli keluarganya bergambar bersama Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria

CYBEJAYA – Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia mengesahkan telah mendapat lampu hijau untuk bergerak sebagai pemain profesional.

Zii Jia berkata, keputusan itu diperoleh selepas beliau dan ahli keluarganya mengadakan pertemuan bersama Presiden Persatuan Badminton Negara (BAM), Tan Sri Norza Zakaria.

“Saya gembira apabila kami dapat menyelesaikan isu ini bersama BAM selepas pertemuan bersama Tan Sri Norza. Beliau memberi restu kepada saya untuk bergerak sebagai pemai profesional.

“Pencapaian dulu dan masa depan saya akan tetap menjadi produk milik Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden BAM itu yang banyak memberikan tunjuk ajar dan peluang untuknya berkhidmat kepada negara tercinta.

Pada masa sama, Zii Jia turut berjanji untuk memberikan persembahan terbaik dalam Kejohanan Berpasukan Asia nanti.

“Saya berharap dengan keputusan ini dapat menyatupadukan kita semua sebagai rakyat Malaysia dan peminat badminton.

“Teruskan menyokong BAM dan pemain badminton profesional negara kerana akhirnya kita semua adalah satu,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here