Lee Zii Jia digantung pertandingan selama dua tahun

0
60
Lee Zii Jia

CYBERJAYA – Teka-teki berhubung nasib pemain utama perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terjawab hari ini apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan untuk tidak mendaftarkannya untuk sebarang kejohanan dunia dalam tempoh dua tahun.

Keputusan penggantungan yang bermula 18 Januari lalu tersebut diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed pada sidang media hari ini.

Untuk rekod, sebarang penyertaan dalam pertandingan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semua pemain perlu mendapatkan kelulusan persatuan negara peserta.

Jahaberdeen berkata, keputusan itu dicapai selepas beberapa siri perbincangan untuk mengekalkan Zii Jia dalam skuad kebangsaan tetapi tiada kesepakatan bersama dicapai.

Bahkan beliau berkata, pemain nombor tujuh dunia itu telah menyeranaikan permintaan yang tidak dapat ditunaikan oleh persatuan.

“Beliau sudah membuat keputusan walaupun BAM sudah menawarkan beliau beberapa insentif yang lumayan. Setakat ini yang kita tahu beliau tidak mahu mempertimbangkan keputusan itu.

“Keputusan beliau sudah tentu mengecewakan kita dan kita perlu berbuat sesuatu terhadap permintaan beliau,” katanya pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini

Juara All England 2021 itu menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Januari lalu setelah membuat keputusan untuk bergerak secara profesional.

Sebelum ini, BAM pernah mengenakan penalti berbentuk sekatan kepada Tan Chun Seang daripada bertanding di Asia selama dua tahun pada 2011 apabila beliau keluar daripada badan kebangsaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here