
CYBERJAYA – Bekas pemain bola sepak negara, Serbegeth Singh atau Shebby dilaporkan meninggal dunia ketika berbasikal petang tadi di Johor.
Beliau berusia 61 tahun difahamkan mengalami kesesakan nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal
Terdahulu, tular beberapa gambar dikaitkan dengan kejadian itu sejak petang tadi.
Bagaimanapun butiran penuh belum diperolehi.