LHDN kuatkuasa penggunaan nombor pengenalan cukai bermula hari ini

0
15219
LHDN

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan penggunaan tax identification number (TIN) atau nombor pengenalan cukai bermula hari ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan,
nombor pengenalan itu akan diberikan kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan kena cukai dan setiap orang yang wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967

“Penggunaan TIN akan diwajibkan kepada pembayar cukai untuk beberapa urusan antaranya yang melibatkan transaksi di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976).

“Hal ini bermakna semua pihak yang melakukan pelupusan dan pemerolehan harta tanah atau syer syarikat harta tanah perlu mempunyai nombor TIN dalam borang nyata dan dokumen seperti yang terdapat dalam borang CKHT 1A / CKHT 1B/ CKHT 2A/ CKHT 3 atau bayaran di bawah Seksyen 21B ACKHT 1976 melalui Borang CKHT 502 oleh pemeroleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, sebarang surat-menyurat dan rayuan berkaitan transaksi di bawah ACKHT 1976 serta urusan penyeteman dokumen dan suratcara di bawah Akta Setem 1949 juga akan menggunakan nombor pengenalan itu.

Katanya, bagi pembayar duti yang masih belum mempunyai nombor TIN, mereka tidak perlu bimbang kerana urusan penyeteman masih boleh diteruskan.

“Dalam hal ini sistem STAMPS akan membuat pendaftaran secara automatik nombor TIN mereka berdasarkan maklumat yang diisikan dalam sistem tersebut.

“Bagi pembayar duti yang telah mempunyai nombor TIN tetapi tidak mengingati nombor berkenaan pula, sistem STAMPS akan memaparkan nombor TIN berkenaan selepas mereka mengisi nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, setiap TIN adalah unik dan setiap pembayar cukai akan mempunyai TIN yang berbeza.

Menurutnya, cadangan melaksanakan TIN telah dibentangkan dalam Bajet 2020 yang lalu dan sepatutnya mula dilaksanakan pada bulan Januari 2021.

Namun, katanya, atas sebab-sebab tertentu seperti persediaan sistem danbprosedur berkaitan, maka pelaksanaannya ditangguhkan dan hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022.

Ujarnya, TIN itu akan diproses secara automatik bagi pembayar cukai individu melalui maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dikemukakan oleh para majikan kepada LHDN.

“Pendaftaran secara automatik bagi pembayar cukai syarikat yang baharu diperbadankan yang mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID dan lermohonan pendaftaran secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my dan lermohonan secara manual di kaunter perkhidmatan percukaian dan pejabat cawangan LHDN,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here