
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Dalam penghakimannya sebentar tadi, Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Zahid.
Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan penggubahan wang haram dan salahguna kuasa membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, dengan 12 pertuduhan membabitkan salahguna kuasa, lapan tuduhan dan selebihnya adalah penggubahan wang haram.
Sequerah berkata, Zahid mempunyai tiga pilihan melakukan pembelaan – beliau boleh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.
Peguam Zahid, Hamidi Mohd Nor, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Pendengaran bagi peringkat pembelaan dijadual bersambung pada 28 Mac.