Malakat Eco VIP Club tawar mata berganda

0
47

CYBERJAYA – Pelanggan Malakat Mall kini boleh menggandakan mata ganjaran yang diterima ketika membeli belah dengan menyertai Malakat Eco VIP Club.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria, tawaran baharu ini memanfaatkan pelanggan tetap pusat beli belah itu menerusi pemberian baucar menerusi aplikasi Malakat Pay.

“Pelanggan boleh menggunakan baucar itu ketika membeli belah.

“Secara tidak langsung, mereka boleh berbelanja dua kali ganda pada setiap pembelian mereka,” kata Herda, sebentar tadi.

Terbahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum, Gold dan Silver, pelanggan perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM50 beserta bayaran kategori Ahli VIP yang dipilih, dengan baucar pembelian yang bakal diterima melebihi nilai pembayaran keahlian.

“Selain baucar pembelian, kami turut merancang pelbagai lagi promosi menarik khusus buat ahli VIP Club, yang akan kami umumkan dari masa ke semasa,” kata Herda lagi.

Tawaran ini tidak terhad kepada ahli Malakat Eco yang telah berdaftar, bahkan turut memberi peluang kepada ahli baharu yang ingin mendaftarkan diri.

Pelanggan yang berminat boleh melayari pautan ini untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here