
CYBERJAYA- Kumpulan Malakat Eco akan mentranformasikan Malakat Mall dari sebuah pasar raya komuniti kepada pasar raya produk dari Turki.
Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya akan membawa majoriti produk dari Turki untuk di pasarkan di Malakat Mall.

“Kita dah buat perbincangan dengan rakan strategik di sini (Turki) yang mempunyai 165 cawangan. Mereka dah beri senarai.
“Orang di sini cukup suka dengan orang Malaysia kerana mereka katakan kita lebih alim daripada mereka. Itu ayat mereka.
“Dokan agar projek kita dapat beri manfaat kepada orang Turki dan juga dapat beri manfaat kita di Malaysia, insya-Allah,” katanya secara ‘live’ di Facebooknya pada Selasa lalu.
Selain, Coach Fadzil turut menjemput para peniaga menggunakan platform Malakat untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.
“Kita jemput sebab kita menjadi pengedar tunggal bagi 10 jenama produk dari Turki untuk Malaysia dan Indonesia.
“Produk-produknya ialah dari kategori makanan hinggalah pada barangan harian seperti plastik sampah dan span. Kita ada produk yang punyai kualiti seperti produk 3M.

“Insya-Allah ini semua ruang-ruang yang mana anda boleh mulakan perniagaan menjadi dealer dengan modal permulaan RM1,000 sahaja,” katanya.
Dalam pada itu katanya. dalam minggu depan Kumpulan Malakat Eco akan lancarkan authorise dealer untuk pasaran di Malaysia. Banyak peluang-peluang yang ada.
“Sebagai usahawan, anda kena buat pelbagai benda, bukannya satu benda sahaja.Buat secara multiple stream.
“Kepada sesiapa yang hendak jadi usahawan TeaAmo tanpa modal, jika anda punyai kedai, restoran atau akses tapak hendak membukanya di universiti atau di tenpat-tempat strategik orang ramai, anda boleh memohon menjadi usahawan aktif teaAmo tanpa modal.
“Yang tiada kerja dan hendak menjadi usahawan pun boleh jadi usahawan TeaAmo. Cuma bila hendak jadi usahawan, hati mesti kuat. Sanggup kerja 24 jam, sanggup lakukan apa sahaja,” katanya