Mayat wanita ditemui di tasik Putrajaya

0
166
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Polis menemui mayat seorang wanita dalam keadaan reput dengan sebahagian anggota badan sudah terurai dari badan di sebuah tasik berhampiran Skyride Presint 2 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mayat wanita yang memakai t-shirt biru, skirt jean bewarna hitam dan tali pinggang berlogo Versace itu ditemui pada pukul 6.55 petang selepas menerima laporan daripada orang awam.

Asmadi berkata, mangsa yang masih belum dikenal pasti itu ditemukan dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian dan dipercayai telah berada di dalam air lebih kurang dua hingga tiga hari.

“Pakaian mangsa ialah blazer berwarna hitam, kemeja-T berwarna biru, skirt mini jean berwarna hitam dan tali pinggang pada skirt berlogo Versace, mangsa turut memakai tiga bentuk cincin dan gelang tangan,” katanya.

Pemeriksaan awal forensik mendapati keadaan mayat telah mula kembung dengan bahagian kemaluan si mati didapati reput dan terurai daripada badan manakala rambut juga telah tertanggal.

A. Asmadi berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan dengan ketinggian kira-kira 160 sentimeter diminta tampil membantu siasatan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan awal sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat dan pengesanan identiti.

“Orang awam terutama ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian serta mangsa diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerusi talian 03-88862145 atau pegawai penyiasat (IO) Insp Hafiza 019-8926572,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here