MU gantung Mason Greenwood serta-merta

0
60
Mason Greenwood


CYBERJAYA- Manchester United mengantung bintangnya Mason Greenwood serta-merta selepas penyerang itu didakwa memukul teman wanitanya, Harriet Robson.

“Mason Greenwood tidak akan kembali berlatih atau bermain perlawanan sehingga diberitahu kelak,” ujar kelab tersebut dalam kenyataan di media sosialnya.

Semalam, Robson menyiarkan imej, video dan audio mengerikan di laman Instagramnya yang menunjukkan darah mengalir dari bibirnya selain lebam di badannya.

Dalam satu klip video yang memaparkan bibirnya dipotong, dia menulis: “Kepada semua orang yang ingin mengetahui apa yang sebenarnya dilakukan oleh Mason Greenwood kepada saya,”.

Sebelum ini, Manchester United mengeluarkan kenyataan awal bahawa pihaknya menyedari imej dan dakwaan yang tersebar di media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here