Nak balik kampung, kenderaan dah servis ke belum?

0
27
Malakat Auto City menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan keselesaan dan keselamatan kenderaan anda.

CYBERJAYA – Sempena musim cuti perayaan yang akan tiba, Kumpulan Malakat Eco melalui Malakat Auto City menawarkan promosi Tahun Baru Cina bagi perkhidmatan menyelenggara kenderaan.

Promosi yang bermula sejak Isnin lalu itu ditawarkan sehingga 12 Februari ini sebagai salah satu kempen keselamatan jalan raya terutama untuk mereka yang akan memulakan perjalanan balik kampung.

“Nak balik kampung tapi kereta belum pergi servis? Bahaya gais!

“So, buat penduduk sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong jangan lepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan servis kenderaan anda di Malakat Auto City,” menurut kenyataan di media sosial Malakat Mall hari ini.

Dalam kenyataan itu, Malakat Auto City menasihatkan pengguna melakukan pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan kenderaan khususnya menukar minyak enjin dan memeriksa tekanan angin tayar dan keselematan brek.

“Penting tau penjagaan angin tayar walaupun ada segelintir yang pandang remeh, jangan buat pasal.

“Bagi pelanggan yang datang ke bengkel kami, kami tolong periksa secara percuma,” katanya.

Pemeriksaan sebelum perjalanan itu penting bagi mengelak sebarang kerosakan atau kecelakaan di tengah jalan.

Malakat Auto City yang beroperasi di alamat No. 13, Jalan Autoville 2, Persiaran Multimedia di sini menawarkan pelbagai perkhidmatan membaiki dan menyenggara dalam premis yang selesa.

Antara servis yang ditawarkan ada menukar minyak enjin dan bateri, membaiki kerosakan enjin, pendingin udara, melakukan alignment roda dan menawarkan alat ganti.

Tawaran menyelenggara dan membaiki kenderaan sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula pada 24 Januari sehingga 12 Februari depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here