Paip Pecah: 142 kawasan di Petaling dan Klang alami gangguan bekalan air

0
53
Gambar Hiasan


CYBERJAYA- Sebanyak 142 kawasan di Petaling dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Seksyen 15 Shah Alam hari ini

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, paip pecah itu berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga semalam.

“Kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut akan bermula pukul 3 petang ini dan dijangka siap sepenuhnya pada pukul 3 pagi esok.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Tempih masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara lokasi terjejas bagi daerah Petaling ialah Bandar Kinrara, Bandar Puchong Jaya, Glenmarie, Hicom Glenmarie, Hyatt Saujana, Jalan Puchong Batu 7 hingga Batu 13, Jalan Subang Airport dan Kampung Bohol.

Bagi daerah Klang antaranya Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Jalan Datuk Hamzah, Jalan Istana, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana serta Kampung Jawa.

Elina berkata, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here