Pakistan hukum mati wanita murtad hina agama Islam

0
2174
Aneeqa Ateeq yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah dengan sengaja mengedar bahan menghina agama.

ISLAMABAD – Seorang wanita berusia 26 tahun dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menghina agama Islam dan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW melalui aplikasi WhatsApp.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Mahkamah di Rawalpindi, Adnan Mushtaq selepas mendapati Aneeqa Ateeq bertanggunjawab memiliki dan menyebar umum bahan berunsur penghinaan agama pada status WhatsApp-nya.

“Tertuduh secara sengaja telah mendedahkan diri sebagai seorang murtad dan berdasarkan hukum dan fatwa ulama, hukuman mati adalah pembalasan yang setimpal,” kata hakim.

Pakistan menetapkan hukuman berat terhadap individu yang menghina Islam namun hukuman mati bagi kesalahan itu adalah kali pertama diputuskan.

Selain hukuman mandatori berkenaan, Aneeqa yang didakwa di bawah Akta Jenayah Siber juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun termasuk denda.

Aneeqa sebelum ini didakwa melakukan kesalahan pada 13 Mei 2020 dengan menggunakan gambar didakwa Rasulullah dan isterinya Saidatina Aisyah.

Tertuduh juga didapati bersalah menyebarkan kandungan menghina agama melalui akaun Facebook kepada pemilik akaun lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here