Peja akan jumpa BAM dan Zii Jia

0
31
Lee Zii Jia

CYBERJAYA- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan berjumpa dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Lee Zii Jia dalam masa terdekat.

Pertemuan itu susulan keputusan BAM untuk tidak mendaftarkan bintang perseorangan nombor tujuh dunia itu untuk kejohanan antarabangsa selama dua tahun bermula 18 Januari lalu.

Menurut Ahmad Faiza, kedua-dua pihak perlu berusaha untuk mencari jalan keluar daripada isu yang tercetus.

“BAM dan Lee Zii Jia mesti mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian untuk isu ini.

“Saya akan bertemu dengan kedua belah pihak dalam masa terdekat,” kata Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja di laman Twitternya sebentar tadi.

Menurut Ahmad Faizal, jalan penyelesaian tentunya dapat dicapai jika kepentingan negara menjadi keutamaan kedua-dua pihak.

“Pada hemat saya, isu antara BAM dan Lee Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendukung serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini,” katanya.

BAM hari ini mengumumkan bahawa Zii Jia tidak akan didaftarkan dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara selama dua tahun berkuat kuala 18 Januari 2022.

Timbalan Presiden (2) BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, BAM dan Zii Jia telah melakukan beberapa siri perbincangan sebelum ini dan meminta pemain tersebut mempertimbangkan keputusannya.

Juara All England 2021 itu menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Januari lalu setelah membuat keputusan untuk bergerak secara profesional.

Untuk rekod, sebarang penyertaan dalam pertandingan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semua pemain perlu mendapatkan kelulusan persatuan negara peserta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here