Pekerja asing cuba berlakon, tukar pakaian seragam-KP Imigresen

0
75
Warga asing yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia di Solaris, Kuala Lumpur.

CYBERJAYA- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu sebuah kompleks beli belah di Solaris, Kuala Lumpur selepas tamatnya program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) pada 31 Disember yang lalu dan berjaya menahan seramai 13 orang warga asing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia menyerbu lokasi tersebut pada pukul 3 petang dengan kekuatan seramai 38 orang Pegawai Imigresen dan telah memeriksa 60 orang warga asing terdiri dari pelbagai warganegara yang berumur lingkungan 24 hingga 42 tahun. 

Katanya, premis tersebut kebanyakkan menggaji warga asing sebagai pemandu parkir valet, pengawal keselamatan, tukang cuci dan juru jual.

“Hasil pemantauan, kesemua warga asing ini digajikan oleh majikan warga tempatan.

“Semasa serbuan dilakukan, warga asing ini cuba bertindak pantas dengan menukar pakaian seragam yang dipakai untuk berlakon sebagai pengunjung bagi mengelak dari ditahan pihak berkuasa, tetapi tidak berjaya. 

“Seramai 13 orang lelaki warganegara India telah ditangkap kerana kesalahan salah guna Pas dan Tinggal lebih masa. Selain itu, seorang lelaki warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Semasa pemeriksaan, terdapat juga pekerja warga asing yang digajikan ini telah mendaftar untuk Rekalibrasi Pulang dan dalam proses penghantaran pulang mengikut tarikh tiket yang disediakan majikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi Jabatan Imigresen Malaysia di Solaris Kuala Lumpur

Menurut Khairul Dzaimee, antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan ini menggesa kepada warga asing supaya mengambil kesempatan sertai Program Rekalibrasi Pulang PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela. Walaupun program ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022,” katanya.

Dalam pada itu katanya. JIM tidak akan berdiam diri dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi menangkap PATI dan majikan yang masih degil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here