Peluang berniaga di bazar Malakat Food Street

0
23

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco mempelawa golongan peniaga untuk menyertai bazar jualan produk sempena penganjuran Malakat Food Street yang akan bermula pada 15 dan 16 Januari ini.

Tawaran terbuka kepada semua jenis perniagaan sama ada produk makanan, pakaian, peralatan harian, permainan, kraftangan dan sebagainya.

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM50, para peserta akan disediakan tapak niaga yang selesa dan kelengkapan seperti meja dan kerusi.

“Special untuk anda kali ini, kami tidak kenakan bayaran yang besar kecuali pihak kami kenakan cuma RM50 sahaja untuk setiap weekend.

“Selain daripada itu, kami juga ada menyediakan meja dan kerusi untuk kemudahan anda.

“Tak kisah apa saja jenis barang, makanan, baju, tudung, biskut raya atau apa saja, anda boleh turut serta asalkan HALAL,” kata Malakat Mall dalam kenyataan di media sosial hari ini.

Ruang legar yang luas menjadi tapak penganjuran Malakat Food Street di Malakat Mall.

Malakat Food Street merupakan acara jualan pada hujung minggu yang membuka peluang kepada peniaga kecil dan sederhana untuk bertapak di pusat beli belah.

Diadakan di ruang terbuka yang luas, bazar jualan ini yang biasanya diserikan dengan pelbagai acara seperti aksi badut dan pameran haiwan peliharaan ini menjadi tarikan kepada pengunjung Malakat Mall

Peniaga yang berminat untuk sertai Malakat Food Street boleh menghubungi talian di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut.

www.wasap.my/601137905114/vendormalakat
www.wasap.my/601137905114/vendormalakat
www.wasap.my/601137905114/vendormalakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here