Peluang sertai kelas pemasaran digital

0
39
Mohd Zulhazri Azmi ketika mengendalikan kelas pemasaran digital di Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota di aras 4 Berjaya Times Square.

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang untuk menyertai kelas pemasaran digital yang dianjurkan Yayasan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kelas berkenaan dianjurkan bersempena di Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota di aras 4 Berjaya Times Square sehingga Jun depan.

Kelas pemasaran digital itu dikendalikan iQP Solutions dengan separuh pembiayaan yuran akan akan ditanggung oleh Yayasan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menurut Professional Learning Facilitators (PLF), Mohd Zulhazri Azmi, yuran kelas digital marketing di Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota ialah RM100.

Mohd Zulhazri Azmi

Bagaimanapun katanya, orang ramai khususnya peniaga hanya perlu membayar RM50 sahaja kerana RM50 lagi dibiayai Yayasan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Pada mulanya kita anjurkan pemasaran digital ini hanya untuk peserta-peserta Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota di Berjaya Times Square.

“Sambutannya amat baik, jadi kita mahu buka penyertaanya kepada orang ramai diluar sana terutamanya peniaga yang ingin meluaskan pasaran perniagaan.

“Peserta akan diajar untuk kuasan pemasaran digital termasuk pasaran di Facebook, Shoppee, Google dan juga Tik Tok,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune.

Mengulas lanjut, Mohd Zulhazri berkata, selain datang terus ke Berjaya Times Square, mereka yang berminat juga boleh sertai kelas pemasaran digital secara dalam talian.

“Di Aras 4 Berjaya Times Square, kita mampu menampung 60 peserta dalam satu-satu masa, selain itu kita juga adakan kelas secara dalam talian.

“Jangka masa pembelajaran bergantung kepada modul yang diajar, peserta akan diajar sehingga berjaya menguasai pemasaran digital yang diinginkan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Yayasan Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan menganjurkan Konvensyen Pemasaran Digital pada 28 hingga 30 Januari ini.

“Konvensyen ini akan diadakan secara dalam talian melalui webinar dengan tetamu utama ialah Pakar Motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah selain 12 pakar pemasaran digital dari MDEC,” katanya.

Dalam pada itu katanya, seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat yang banyak menghabiskan masa dalam talian, peniaga juga perlu mencari di mana pelanggan mereka berada iaitu di internet.

“Keadah pemasaran digital dapat menghubungkan anda sebagai peniaga dengan orang yang ramai untuk menjual produk atau perkhidmatan anda. 

“Ini berbeza dengan kaedah pemasaran tradisional, di mana orang yang dapat anda jumpa adalah terhad pada satu-satu masa. 

“Pemasaran digital membolehkan anda menjual kepada pelanggan seluruh dunia asalkan mereka mempunyai sambungan internet. Sasaran pelanggan anda juga lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai minat dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.” katanya.

Dari segi kos katanya, pemasaran digital lebih murah dan berkesan dari pemasaran tradisional. Ini kerana peniaga dapat menyasarkan kepada sasaran pelanggan yang tepat dan kebarangkalian untuk mereka membeli adalah tinggi.

Sebarang pertanya lanjut untuk menyertai kelas pemasaran digital, orang ramai dan peniaga boleh menghubungi Mohd Zulhazri di talian 013-9903323.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here