Peluang tukar Tadika dan Taska kepada Brainy Bunch

0
58
Kanak-kanak pra menghadiri hari pertama pembelajaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Brainy Bunch, Cyberjaya. foto FARID JANUDIN, 1 JULAI 2020

CYBERJAYA- Pemilik Tadika dan Taska kini berpeluang untuk menaik taraf pusat pendidikan awal kanak-kanak masing-masing kepada Brainy Bunch.

Pengasas Brainy Bunch, Coach Mohd Fadzil Hashim berkata, antara syarat ialah Tadika dan Taska mesti berada lebih 5 kilometer dari cawangan Brainy Bunch terdekat.

“Upgrade Tadika atau Taska anda ke Brainy Bunch.

“Jika Tadika dan Taska berada lebih 5km dari cawangan Brainy Bunch terdekat, anda boleh memohon untuk Upgrade dan memohon untuk menjadi Rakan Usaha Brainy Bunch,” katanya di laman Facebook.

Menurut Coach Fadzil, setiap permohonan tertakluk kepada syarat dan proses saringan oleh pasukan Brainy Bunch.

Untuk rekod, institusi pendidikan awal Brainy Bunch yang diasaskan Coach Fadzil kira-kira 13 tahun lalu kini mempunyai 103 cawangan di seluruh negara. 

Selain itu Brainy Bunch juga mempunyai cawangan di Singapura, Brunei, Palestin, Indonesia dan juga Turki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here