Pemberian dos penggalak buat warga emas secara walk-in mulai 19 Jan

0
23

CYBERJAYA – Golongan warga emas boleh mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 secara walk-in mulai 19 Jan ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), kemudahan itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih sahaja.

Keputusan itu diumumkan oleh KKM menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

Suntikan penggalak itu boleh didapati di PPV Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur; Axiata Arena, Bukit Jalil; Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam; dan Soka Gakkai di Klang.

PPV tersebut beroperasi setiap hari kecuali pada hari cuti umum, bermula pukul 2 petang hingga 8 malam, manakala di Klang, mulai pukul 12 tengah hari hingga 4 petang.

“PPV offsite di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak akan turut melaksanakan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas mulai 24 Januari.

“Senarai lengkap PPV offsite yang terlibat akan diumumkan (kemudian) oleh pihak ProtectHealth Corporation,” kata kenyataan itu.

KKM turut memaklumkan, buat masa ini temujanji di PPV integrasi di Lembah Klang diberikan kepada individu yang telah menerima dos lengkap AstraZeneca atau Sinovac untuk diberikan dos penggalak vaksin AstraZeneca.

“(Bagaimanapun) Bermula 19 Jan, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan di PPV tersebut khususnya bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima temujanji atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here