Penduduk lima negeri diminta berwaspada, sungai berada pada paras bahaya

0
9
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini menasihatkan penduduk di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air beberapa sungai berada pada tahap bahaya.

Menurut Bernama, JPS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan di Pahang, paras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan berada pada aras bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera berada pada aras bahaya tetapi trend menurun.

Sementara itu, di Selangor, aras air di Sungai Bernam Rimba KDR di Sabak Bernam juga berada pada aras bahaya dengan trend menaik.

JPS turut memaklumkan, di Johor aras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak turut berada pada aras bahaya dengan trend menurun.

Bagi Melaka pula, aras air Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah berada pada aras bahaya dengan trend menaik manakala di Sabah, aras air Sungai Padas di Beaufort JPS, Beaufort berada pada aras bahaya dengan tiada perubahan trend.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here