Pengecualian sewa kantin dilanjutkan selama enam bulan

0
7
Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Berita gembira buat pengendali kantin sekolah apabila Kementerian Pendidikan bersetuju melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2022.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, lanjutan pengecualian sewaan juga diberikan untuk tempoh yang sama bagi kedai buku, koperasi, kedai dobi dan mesin minuman air (vending machine) di sekolah di bawah KPM.

“Kita terima banyak permohonan pengusaha kantin sebelum ini yang meminta supaya diberi sekali lagi pengecualian sewaan kantin.

“Justeru, kita membuat keputusan untuk memberi pengecualian sewaan selama enam bulan termasuk premis-premis yang berada dalam sekitar sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pengoperasian sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini hari ini.

Terdahulu, Radzi mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1 dan SK Zainab 2 sempena pengoperasian sekolah di Kelantan bagi Penggal 3, 2021/2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here