[VIDEO] Anak-anak teruja penggal ketiga sesi sekolah bermula semula

0
45
Selain pemeriksaan suhu badan, semua pelajar turut diberi penyahkuman bagi memastikan tangan mereka bersih sebekum memasuki premis sekolah.

CYBERJAYA – Suasana Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di sini kembali diserikan dengan suara kanak-kanak yang diselang-seli dengan suara guru mengajar apabila ia kembali dibuka secara rasmi, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Brainy Bunch ASEAN dan Raudhah College, Noriha Mohd. Zain, ibu bapa mula tiba seawal 7.15 pagi untuk menghantar anak-anak mereka bagi menghadiri sesi persekolahan yang dibuka secara rasminya, hari ini.

Anak-anak teruja penggal ketiga sesi sekolah bermula semula

“Alhamdulillah, saya nampak ibu bapa pun bersemangat untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah kembali,” kata Noriha ketika ditemui di perkarangan sekolah.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil pelbagai langkah keselamatan bagi memastikan persekitan sekolah adalah selamat dan terjamin.

“Kami telah melakukan segala persiapan rapi termasuk melakukan proses sanitasi pada kelas yang digunakan sebagai tempat mengajar, dan juga di laluan umum serta kafe.

“Segala protokol kesihatan ini dipatuhi bagi memastikan para pelajar dapat belajar dalam suasana yang tenteram,” kata Noriha lagi.

Selain itu, para pelajar perlu menjalani ujian kendiri RTK dan keputusannya dihantar kepada guru kelas masing-masing sebelum minggu persekolahan bermula.

Beberapa orang ibu bapa yang ditemui turut menyuarakan harapan mereka supaya sesi persekolahan kali ini dapat berjalan dengan penuh harmoni.

“”Saya amat berharap supaya sesi (persekolahan) kali ini dapat berlanjutan, bagi membolehkan anak-anak saya hadir ke sekolah secara fizikal, dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga tenaga pengajar.

“Saya amat berharap supaya Covid-19 ini dapat tamat segera dan moga urusan kita pada tahun ini dipermudahkan,” kata seorang ibu yang hanya mahu dkenali sebagai Farah.

Untuk rekod, sekolah kembali dibuka bagi sesi mengajar secara bersemuka bagi sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 mulai semalam hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A manakala 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

Sekolah di negeri Kumpulan A adalah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B pula adalah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Cuti akhir Penggal 3 akan bermula pada 25 Februari 2022 hingga 20 Mac 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here