Petugas media masih ‘berkampung’ di IJN

0
42

KUALA LUMPUR – Petugas media masih berkampung di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Setakat ini, masih belum ada sebarang maklumat terkini mengenai keadaan Dr. Mahathir daripada pihak keluarga dan IJN.

Petugas media menjadikan jejantas di hadapan IJN sebagai ‘pejabat sementara’ ketika menunggu perkembangan terkini mengenai keadaan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Pihak keluarga, yang diwakili anak Dr. Mahathir, Marina semalam menyebut bapanya masih menerima rawatan dan sudah boleh berinteraksi dengan keluarga.

Sementara itu, sebuah kenderaan Istana Negara dilihat memasuki pekarangan IJN sebentar tadi.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN untuk tempoh beberapa hari sejak Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here