PH janji mansuhkan kadar tol jika menang PRU-15 – tegas Guan Eng

0
451
Janji PH dalam manifesto PRU-14 untuk mansuhkan tol

CYBERJAYA – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa pernah menerima ancaman untuk dipecat daripada jawatan Menteri Kewangan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara hanya kerana bertegas supaya langkah mengurangkan kadar tol Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dilaksanakan.

Guan Eng berkata, meskipun diancam pihaknya terus mendesak supaya langkah pertama ke arah pemansuhan tol Plus dapat dilaksanakan.

“Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri PH) pernah mengancam untuk memecat saya sebagai Menteri Kewangan kerana saya bertegas dalam usaha serta mendesak untuk melaksanakan peringkat pertama pengurangan tol.

“Di sebalik ancaman tersebut, kami terus mendesak dan akhirnya berjaya mendapat kelulusan Kabinet dengan persetujuan muktamad Dr Mahathir untuk mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan bahawa janji-janji PH dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 termasuk memansuhkan tol Plus akan dapat dilaksanakan sepenuhnya jika diberi peluang untuk memenuhi mandat lima tahun.

“Itulah sebabnya penting bagi kita untuk menyelesaikan tugas dengan memasukkan dalam manifesto akan datang untuk memansuhkan kadar tol seperti yang dijanjikan.

“Dan lebih penting lagi memenuhi janji Malaysia untuk menghormati antara satu sama lain, menerima semua orang sebagai rakyat Malaysia dan memberi ganjaran kepada mereka yang bekerja keras ke arah kemakmuran bersama untuk semua.

“PH bukan sahaja harus menegakkan dan mempertahankan hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi juga melakukan reformasi untuk membetulkan kegagalan teruk kerajaan persekutuan sekarang dalam menangani empat krisis negara iaitu wabak Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana banjir dan melawan endemik rasuah dalam kerajaan serta salah guna kuasa dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here