PLUS aktifkan semula 19 laluan SmartTag di laluan Juru-Skudai

0
10
Gambar fail Malakat Tribune.

CYBERJAYA – Sebanyak 19 laluan SmartTag di 16 plaza tol Juru-Skudai akan diaktifkan semula sebelum 25 Januari ini untuk memastikan kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembukaan semula lorong SmartTag itu diputuskan selepas mengambil kira kesulitan yang dihadapi pelanggan lebuh raya ekoran pelaksaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

“PLUS komited untuk mengambil segala pendekatan perlu dalam mengoptimumkan prestasi sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol.

“Susulan itu juga, selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,” katanya di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza-plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

“Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID.

“Bagi memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih, PLUS menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here