PM bangga lebih 30,000 pekerja Petronas rakyat tempatan

0
60
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendengar taklimat yang diberikan oleh Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh ketika lawatan ke Menara Petronas hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan perasaan bangga dengan kejayaan syarikat Petronas yang bukan sahaja menjadi satu-satunya syarikat dari Malaysia tersenarai dalam Fortune Global 500 tetapi juga mempunyai tenaga kerja tempatan yang ramai.

Perdana Menteri berkata, setakat ini, Petronas mempunyai seramai 47,344 kakitangan yang mana 80 peratus pekerja terdiri daripada anak tempatan.

“Sebanyak 43 peratus adalah daripada kalangan anak-anak muda dan 28 peratus adalah wanita.

“Bangga saya melihat begitu banyak penyertaan anak tempatan di dalam satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri yang melakukan lawatan ke Menara Kembar Petronas untuk taklimat korporat disambut oleh Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan barisan kepimpinan tertinggi serta kakitangan Petronas.

Lawatan itu turut disertai oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz.

Sementara itu, Perdana Menteri juga berbangga dengan prestasi Petronas terutamanya dalam peralihan tenaga, pembangunan tempatan bagi Industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas, serta pendigitalan operasi.

Katanya, kejayaan itu Sesuai dengan moto Petronas iaitu “Passionate About Progress”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here