PM harap ‘Tahun Harimau’ lindungi harimau daripada pupus

0
7
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia berbangga menjadi negara habitat harimau di Asia Tenggara yang pertama dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Menteri-menteri Asia Mengenai Pemuliharaan Harimau yang diadakan pada hari ini.

Perdana Menteri berkata, persidangan kali keempat yang juga dikenali sebagai AMC4 itu adalah amat penting sebagai persediaan negara-negara Asia untuk menyertai sidang kemuncak berkaitan harimau peringkat global di Rusia pada September akan datang.

“Usaha memulihara harimau amat penting kerana di seluruh dunia jumlahnya telah merosot kepada kurang 4,000 ekor manakala di Malaysia, Harimau Malaya dianggarkan hanya tinggal kurang daripada 150 ekor.

“Lebih membimbangkan, pakar-pakar meramalkan spesis Harimau Malaya akan pupus dalam tempoh lima sehingga 10 tahun akan datang jika tiada tindakan strategik dilaksanakan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap
tahun 2022 yang turut dikenali sebagai ‘Tahun Harimau’ dalam kalendar masyarakat Cina akan membawa bersama semangat dan keberanian bagi melindungi haiwan ini daripada terus lenyap.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here