PM janji bantu Rohana dapatkan dokumen pengenalan diri

0
99
Rohana Abdullah dijaga ibu angkatnya, Chee Hoi Lan sejak berusia dua bulan

CYBERJAYA – Kisah tular seorang wanita yang dijaga seorang ibu angkat berbeza agama mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan membantunya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri ketika menghubungi Rohana, 22, hari ini.

“Petang semalam saya terus menghubungi Rohana untuk membantu beliau dalam masalah dokumen pengenalan diri.

“Insya-Allah demi masa depan Rohana, saya akan bantu beliau mendapatkan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan,” katanya dalam satu rakaman video menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Perdana Menteri, urusan dokumen Rohana akan diuruskan esok di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Chee Hoi Lan yang menjaga Rohana sehingga dewasa.

“Insya-Allah demi masa depan Rohana, saya akan bantu beliau mendapatkan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.

“Terima kasih, salam hormat jua daripada saya kerana menjaga Rohana, dengan penuh kasih sayang tanpa sempadan. Ini lah Keluarga Malaysia, keluarga kita,” ujarnya.

Semalam tular kisah Rohana yang dijaga oleh ibu angkatnya, Hoi Lan, 83, yang berbeza bangsa dan agama tetapi hidup bersama dengan penuh kasih sayang dan kecintaan.

Ibunya yang berbangsa Cina menjaga Rohana sejak wanita itu berusia hanya dua bulan selepas ditinggalkan ibunya yang terpaksa pulang ke negara asal, Indonesia.

Rohana dibesarkan dengan baik dan mendapat didikan agama Islam walaupun berbeza agama dengan ibu angkatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here