PM tiba di IJN, melawat Tun M di CCU

0
85
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di pekarangan IJN sebentar tadi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Institut Jantung Negara (IJN) bagi melawat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kenderaan Ismail Sabri dilihat masuk ke pekarangan IJN pada pukul 5.35 petang tadi.

Ketika ini, Dr Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN.

Bagaimanapun, keadaan semasa kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Buat masa ini, pengamal media masih lagi menanti di pekarangan IJN sejak pukul 1 petang tadi untuk mengikuti perkembangan semasa.

Difahamkan, satu kenyataan akhbar dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here