
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa sempena hari jadinya yang ke-62 semalam
Menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam, Ismail Sabri berkongsi kenangan sewaktu kecil, yang mana beliau hampir tidak menyambut hari jadinya.
“Ada tahun ingat, ada tahun ingat pun tak. Tapi bila saya ada anak, memang tiap tahun saya akan sambut hari jadi mereka.
“Walau sibuk macam mana pun saya tetap akan kosongkan jadual untuk mereka, daripada kecil sampai lah dah besar panjang semua,”katanya di Facebook.
Tambah Ismail Sabri, apabila beliau dah semakin tua, anak dah makin besar mereka pula yang sentiasa tak sabar meraikan hari jadinya dan isteri.
“Alhamdulillah sebagai parents (keluarga), saya rasa sangat dihargai.
“Terima kasih juga kepada semua yang memberikan ucapan, doa dan sebagainya. Saya sangat menghargainya,”ujarnya.