
CYBERJAYA – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat semalam sebulat suara melantik Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari sebagai sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mengumumkan pelantikan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Ketua Badan
Pimpinan Negeri Bersatu Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub sebagai Pengerusi Perikatan Nasional negeri Melaka yang baharu.
“Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa serta merta,” kata Hamzah dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, mesyuarat yang berlangsung semalam dihadiri oleh wakil-wakil daripada semua parti anggota iaitu Bersatu, Pas, STAR, SAPP, dan Gerakan.
Selain berbincang mengenai situasi politik semasa, mesyuarat tersebut turut menyentuh mengenai kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.