Polis Perak buru Anbu Manikam

0
106

IPOH – Polis Perak sedang memburu seorang lelaki bagi membantu kes culik serta bunuh seorang pekerja memotong kelapa sawit di Bidor, baru-baru ini.

Laporan portal Malaysia Gazette menyebut, suspek dikenali sebagai Anbu Manikam itu diburu bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit itu mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Seorang suspek berusia 30 tahun yang terlibat sama dalam kes ini sudah ditahan dan pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi mengesan Anbu.

“Orang ramai yang mengenali serta mempunyai maklumat berhubung suspek diminta tampil atau menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Noor Irwan Abd Ghani di talian 017 316 8097 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kehilangan seorang lelaki selama hampir empat bulan setelah dilarikan dua lelaki terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam sebuah kebun sawit di Bidor pada Selasa lalu.

Mangsa bunuh itu ditemukan polis selepas berjaya menahan seorang suspek berusia 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Selangor pada hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here