Polis siasat kemungkinan wujud sindiket pengemis jalanan etnik Rohingya

0
42
Gambar yang dirakam orang ramai memaparkan kanak-kanakwarga Rohingya mengira kutipan wang hasil mengemis.

ALOR SETAR – Polis akan melakukan siasatan kemungkinan wujud sindiket yang mendalangi pengemis jalanan babitkan warga Rohingya di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan risikan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Ada kemungkinan, tetapi saya tidak boleh (sahkan) perkara itu sehingga kita buat tangkapan atau siasatan nanti. 

“Kita juga akan cuba kumpulkan risikan berhubung kegiatan berkenaan,” katanya ketika mengulas mengenai kegiatan etnik Rohingya termasuk dalam kalangan kanak-kanak yang dilihat mengemis di jalanan serta mengganggu pengguna jalan raya.

Terdahulu, Razarudin menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kedah daripada Datuk Kamarul Zaman Mamat kepada Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini.

Sebelum ini, tular beberapa video yang memaparkan kanak-kanak etnik Rohingya mengemis di kawasan lampu isyarat dan sekitar Kuala Lumpur sehingga mengganggu orang ramai.

Kanak-kanak terbabit juga berlagak samseng apabila orang ramai merakam aksi mereka ketika mengemis secara paksa.

Dalam perkembangan sama, Razarudin berkata, polis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas etnik Rohingya yang didapati mengemis di jalanan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Kesalahan Kecil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here