
CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang seorang lelaki yang melakukan provokasi terhadap anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sehingga video perbuatannya itu tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, lelaki yang berumur 30 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.
“Semalam, tular satu rakaman video di media sosial di mana terdapat seorang lelaki bertugas sebagai anggota penguat kuasa MPKS sedang menjalankan tugas menyaman kenderaan yang menyalahi undang-undang dalam kawasan tugasan iaitu di Jalan Bidara 6/2 Saujana Utama sebelum diprovokasi oleh seorang lelaki.
“Susulan kejadian itu, polis menerima satu laporan yang telah dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai anggota penguat kuasa MPKS kira-kira pukul 9.49 pagi semalam.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini