Pondan lindungi Long Tiger dipenjara 5 bulan

0
45
Rusli Mat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sungapu Petani hari ini

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melindungi lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger, bulan lalu.

Tertuduh, Rusli Mat, 47, yang berpewatakan wanita itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Nurul Ainna menjatuhkan hukuman penjara tersebut dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Disember lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Rusli yang memakai blaus belang hitam dan putih serta seluar jeans didakwa melindungi Abdul Hamim Ab Hamid dengan niat untuk mengelakkan lelaki terbabit daripada ditangkap.

Kesalahan tersebut dilakukan di LBS 854A, Kebun Tebu Jalan Kuala Ketil di sini kira-kira pukul 3.15 petang, 28 Disember tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here