PRN Johor: PKR guna logo sendiri, DAP dan AMANAH kekal guna logo PH

0
66


Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan PKR akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan logonya sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, DAP dan AMANAH pula akan kekal menggunakan logo gabungan parti pembangkang berkenaan di PRN Johor.

Anwar berkata, perbincangan pakatan pembangkang berhubung pengagihan kerusi di PRN Johor juga sudah selesai .

“PH akan bertanding di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), namun terbuka untuk perbincangan dengan parti pembangkang lain di luar gabungan terbabit.

“Logo kita sudah putuskan yang Keadilan (PKR) guna logo Keadilan (PKR), yang lain-lain guna logo PH. Perbincangan kerusi antara PH juga sudah selesai.

“Yang penting kita bertanding di semua 56 kerusi oleh ketiga-tiga parti (komponen) PH, tapi kita masih buka ruang bincang dengan parti pembangkang lain termasuk MUDA,” katanya.

Anwar  yang juga Presiden PKR berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PH berhubung PRN Johor di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Mengulas mengenai jumlah kerusi yang akan diperuntukkan kepada MUDA jika parti diterajui Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu setuju untuk bekerjasama dengan PH, Anwar berkata, hal itu akan diputuskan kemudian selepas perbincangan dibuat. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here